Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

1 / 5
2 / 5
3 / 5
4 / 5
5 / 5

Monday 6 September 2021

I-Skill Resources: Rakan Penaja Tok Gajah Forever

 #rakanPenaja

Malam xde bolo ni koi nk share sikit berkenaan rodong yang menaja gambo perlawanan Tok Gajah baru-baru ni.

I-Skill Resources ini merupakan Rakan Niaga ONEXOX Sdn Bhd menjual Simkad Patuh Shariah OneXOX dan Peluang Perniagaan Bidang Telekomunikasi.

Lokasi perniagaan di Pekan, Pahang. Jika ada rodong-rodong kita yang berminat berkenaan produk atau servis yang ditawarkan, boleh PM rodong kita ni di Facebook page dia ok?

Ataupun boleh direct ke link di bawah:-

 ðŸ‘‰Pembelian atas talian : Klik disini

Nama Perniagaan: I-Skill Resources 

Jenis Perniagaan: Centre OneXOX Pekan (ONEXS003)

Lokasi Perniagaan: No.10 Terminal Bas Baharu, Jalan Engku Muda Mansor,26600 Pekan

👉Layari Facebook Page I-Skill


Foto: Pahang menentang Penang FC di Darul Makmur 05/09/2021

Bagi pihak Tok Gajah Forever, koi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rakan-rakan Penaja TGF yang sudi menaja gambar aksi-aksi perlawanan Pahang di Darul Makmur.

Menang, kalah atau seri tu cerite kedua, cerite pertama adalah SUPPORT!!


Teruskan menyokong Tok Gajah Forever & STAY TUNED!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: || Grafik: || Artikel: 

Like & Follow kami: Facebook || Twitter || Instagram


Thursday 26 August 2021

TGF Limited Edition Merchandise!

Dapatkan merchandise TOK GAJAH FOREVER yang SUPER RARE ini!

Klik sini untuk pre-order 👉 ORDER SEKARANG!!!

🔥Tarikh tutup tempahan & pembayaran: 30 Ogos 2021🔥


Teruskan menyokong Tok Gajah Forever & STAY TUNED!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: || Grafik: TGF || Artikel: 

Like & Follow kami: Facebook || Twitter || Instagram






Monday 9 August 2021

Liga Super'21:Tok Gajah dalam bahaya!

 09/08/2021: Pahang dalam kedudukan bahaya apabila gagal mengutip sebarang mata dalam perlawanan menentang Terengganu FC baru-baru ini di Gong Badak. Tok Gajah yang menduduki tangga ke-9 Liga Super dengan 17 mata daripada 17 perlawanan, 1 tangga dibawah pasukan PJ City FC.

Tampil lesu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi kelebihan kepada skuad bimbingan Nafuzi Zain untuk membenam Tok Gajah dengan 2 gol pada separuh masa perlawanan, salah satunya hasil tandukan bekas pemain Pahang, Faizal Halim.

Foto: Dollah Salleh ketika ditemubual sebelum perlawanan

"Perlawanan menentang Terengganu FC kelihatan aksi pemain teruk dan serba tidak menjadi selain kurang bermaya, saya pun tidak pasti apa puncanya, nak cakap keletihan kita dah rehat secukupnya, jika persembahan sebegini berterusan dipamerkan pemain, kami tidak akan ke mana-mana," ulas Dollah Salleh.

Beliau juga mengatakan bahawa pasukan Tok Gajah menghampiri zon bahaya (penyingkiran) dengan perbezaan mata yang tidak jauh dengan kelompok bawahan Liga, ini yang merisaukan, jika seri bertemu Terengganu FC sekurang-kurangnya Pahang dapat mengutip satu mata berharga.

Foto: Manuel Hidalgo terlepas aksi menentang TFC akibat menerima kad kuning ketiga

Dollah Salleh percaya masih ada masa buatnya dan pasukan untuk memperbaiki kedudukan Liga dengan berbaki lima perlawanan lagi, serta enggan menyalahkan mana-mana pemain akibat aksi hambar baru-baru ini.

Teruskan menyokong Tok Gajah Forever & STAY TUNED!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: Sri Pahang FC & Nizam Din, CSN || Grafik: SPFC & TGF || Artikel: Berita Harian

Like & Follow kami: Facebook || Twitter || Instagram